Pemain muda Real Chukai beraksi bersama Woodlands Warriors

Perjanjian persefahaman yang ditandatangani oleh Real Chukai FC dan Woodlands Warriors FC di Kemaman kelmarin.

TIGA pemain remaja bawah 17 tahun Real Chukai FC dari Kemaman, Terengganu berpeluang beraksi dengan kelab Singapura, Woodlands Warriors FC tahun depan.


Ia hasil kerjasama antara kedua-dua kelab tersebut yang berlangsung di Kemaman, baru-baru ini.


Menurut Ketua Pegawai Operasi Real Chukai FC,  Amirrul Hakim, menerusi perjanjian tersebut tiga pemain Real Chukai akan menyertai skuad U17 Woodlands Warriors yang akan beraksi di Thailand tahun depan.


Beliau berkata, hasil kerjasama tersebut kedua-dua kelab tersebut bersetuju untuk mengadakan kem latihan bersama Disember ini.


“Kami turut memikirkan perancangan untuk membawa beberapa pemain dari Singapura untuk beraksi di liga tempatan kita di masa akan datang,” katanya menerusi Facebook rasmu Real Chukai kelmarin.


Majlis menandatangani perjanjian kerjasama itu berlangsung di Stadium Mak Chili, Kemaman.


Hadir sama Pengarah Teknikal Real Chukai, Che Ku Marzuki.


Amirrul berkata, kerjasama tersebut merupakan satu peluang yang baik untuk para pemain mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa. 


Sementara itu, Che Ku Marzuki yang menyambut baik kerjasama itu berharap ia dapat memberi impak positif kepada perkembangan bakat baharu bola sepak. - TT

Post a Comment

0 Comments