Tahniah! Malaysia masuk top-10 dunia


SAMA ada wajar kita ucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia atau tidak, namun kenyataannya negara kita telah tersenarai dalam kelompok 10 negara paling tinggi kes baharu COVID-19.

Dengan kes harian melepaskan 11,000 kes sehari beberapa hari ini, Malaysia kini diletakkan di tangga ke-10 dalam senarai jumlah kes baharu tertinggi di Afrika Selatan dan Brazil.

Sehingga semalam, United Kingdom (UK) kekal di tempat teratas mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 54,674 kes dengan 41 kematian, diikuti Indonesia dengan 51,952 kes dan 1,092 kematian manakala Indonesia dengan 41,283 (517 mati).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak pernah berhenti menyerang kerajaan kerana kegagalan mengawal COVID-19 dengan tindakan-tindakan flip-flop serta separuh masak berkata, Malaysia sebeturnya berada di kedudukan ketiga paling tinggi jika mengambil kira saiz penduduk.

Katanya, kita hanya kalah kepada UK dan Colombia namun jika dibandingkan dengan UK, negara itu sudah lama membuat keputusan melonggarkan semula kebanyakan sekatan setelah paras vaksinasinya mencapat paras yang tinggi.



"UK faham bahawa vaksin tidak memberi perlindungan 100 peratus kepada penduduk tetapi mereka yang terjangkit setelah selesai menerima dua dos biasanya tidak akan sakit teruk.

"Sebab itu, kadar kematian UK adalah jauh lebih rendah berbanding Malaysia biarpun negara kita dah lama dalam lockdown," katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Najib berkata, bagi kematian baharu berbanding saiz penduduk pula, Malaysia adalah keempat paling tinggi dalam senarai tersebut, di belakang Colombia, Afrika Selatan dan Rusia dan sama tinggi kadar kematian dengan Brazil serta Indonesia.

"Soalan saya sekali lagi, sekiranya bukan Malaysia satu sahaja dalam dunia yang dilanda pandemik dan diganas varian Delta, kenapa Malaysia antara paling parah terkesan?" tanya beliau yang ditujukan kepada Putrajaya.

Semalam, Malaysia merekodkan kes harian sebanyak 12,528 kes positif dengan rekod kematian tertinggi iaitu seramai 138 orang.

Ini menjadikan jumlah kes baharu mengikut 1 juta penduduk bagi Malaysia ialah sebanyak 382 kes, di belakang UK (801) dan Colombia (387).

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes harian yang direkodkan itu, hanya 64 orang pesakit kategori 5, 44 orang (kategori 4) serta 112 orang dalam kategori 3.

Selebihnya adalah mereka yang positif COVID-19 tanpa gejala atau gejala ringan yang dikategorikan di bawah kategori 1 dan 2, yang tidak memerlukan rawatan di hospital. - MNN

Post a Comment

1 Comments