Mana Muhyiddin? Kenapa tak jelaskan isu Ordinan Darurat? - Najib

Mana Muhyiddin? Kenapa tak perjelaskan isu pembatalan Ordinan Darurat?

PERDANA Menteri, Muhyiddin Yassin digesa memberikan pernyataan berhubung pemansuhan Ordinan Darurat telah dibuat oleh kerajaan sejak 21 Julai lalu.

Najib Razak hari ini berkata, Muhyiddin perlu tampil memberikan kenyataan media bagi mengesahkan pemansuhan yang tidak diumumkan itu.

Ini berikutan pernyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Takiyuddin Hassan yang mengelirukan Dewan Rakyat apabila menyebut Ordinan Darurat sudah dimansuhkan sejak 21 Julai lalu.

Ekoran itu, Dewan Rakyat menjadi gamat apabila Takiyuddin diasak oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang berhubung perkara itu memandangkan Ordinan Darurat hanya sah berlaku selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Najib, Muhyuddin dan Peguam Negara perlu selamatkan Takiyuddin kerana mengeliru dewan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa ordinan-ordinan darurat sudah mansuh sejak 21 Julai.

"Pembangkang dengan amat bisingnya mengasak Speaker (Azhar Azizan Haruan) dan menteri (Takiyuddin) sebab mereka kata tiada bukti kukuh bahawa pemansuhan sudah berlaku selain hujah-hujah menteri dalam Dewan.

"PM8 (Muhyiddin) boleh membantu dengan mengeluarkan kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan pemansuhan sudah 'backdated' dan telah berlaku pada 21 Julai.

"Tolonglah bekap (back-up) sikit," katanya dalam Facebook.

Isnin lalu, Takiyuddin teruk diasak oleh pembang kerana membuat pernyataan bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai dan Proklamasi Darurat tidak akan disambung selepas 1 Ogos.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Bharu dari Pas itu dipersoal bagaimana kerajaan boleh memnsuhkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, atau tanpa di bawah ke Parlimen terlebih dahulu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Peguam Negara pula boleh mengeluarkan warta kerajaan secara serta-merta bagi menyatakan bahawa pemansuhan sudah berlaku pada 21 Julai lalu.

"Takkan Peguam Negara tak efisyen sehingga begitu banyak ordinan-ordinan perundangan yang memberi impak kepada seluruh negara belum diwartakan sejak seminggu dahulu?" bantai Najib. - MNN

Post a Comment

0 Comments