KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 138 kes kematian, tertinggi yang direkodkan setakat ini, sementara 908 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dalam tempoh 24 jam lalu.
Sebelum ini, angka kematian tertinggi dilaporkan pada 8 Julai iaitu 135 kes.
Sementara itu, 12,528 kes harian dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 905,851.
Seramai 6,629 pesakit dilaporkan pulih, menjadikan keseluruhan 779,171 pesakit sembuh, manakala angka korban pula meningkat kepada 6,866 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 119,814 kes aktif di seluruh negara dengan 425 daripada 908 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor kekal merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 4,985.
Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 1,740 kes, Negeri Sembilan (1,280), Kedah (701), Sabah (647), Johor (625), Melaka (569), Perak (428), Pulau Pinang (396), Sarawak (388), Pahang (317), Kelantan (211), Terengganu (177), Putrajaya (41), Labuan (22) dan Perlis (satu).
Daripada kes yang dilaporkan, sebanyak 12,508 adalah kes tempatan manakala baki 19 adalah kes import.
Daripada jumlah kes baharu itu, 19 adalah kes import dan baki 12,508 kes merupakan penularan tempatan yang membabitkan 9,848 warganegara serta 2,661 warga asing.
Katanya, 54.6% atau 6,840 kes daripada kategori satu (tidak bergejala), 43.6% atau 5,468 kes adalah kategori dua (bergejala ringan), 0.9% atau 112 kes kategori tiga (radang paru-paru), 44 kes kategori empat (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) serta 64 kes kategori lima (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan).
Hisham berkata, 138 kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan 46 kes di Selangor; Negeri Sembilan (20); masing-masing Kuala Lumpur dan Johor (16); Pahang (12); Melaka (11); Kedah (tujuh); Perak (empat); Pulau Pinang (tiga); Terengganu (dua) dan Sabah (satu).
Beliau berkata, ia membabitkan 10 warga asing dan 128 warganegara, dengan majoriti mempunyai sejarah penyakit kritikal seperti kencing manis, jantung, obesiti dan darah tinggi.
Katanya, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-nought (R0) seluruh negara setakat semalam adalah 1.19, menurun sedikit berbanding 1.20 yang dicatatkan hari sebelumnya. - Sumber: FMT
0 Comments